Tip Bagi Gadis Yang Ingin Atau Sedang Bercinta

Assalamualaikum. Salam AidilAdha 1432 hijrah sekali lagi. Hari ini aku nak berkongsikan satu tip yang sesuai bagi gadis yang ingin bercinta ataupun sedang bercinta. Tip ini aku baru dapat semalam semasa beraya di rumah seorang teman sekelas. Tips ini berbeza dengan tips ingin bercinta yang sebelum ini.

Kepada mana-mana gadis yang ingin atau sedang bercinta, anda digalakkan untuk berusaha sekurang-kurangnya mendapatkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan bakal ataupun teman lelaki anda.

Selepas itu, bolehlah berkumjung ke mana-mana balai polis berdekatan untuk menyemak sama ada teman anda tadi itu mempunyai sebarang rekod jenayah ataupun tidak. Andai kata teman anda itu mempunyai rekod jenayah, sekarang anda masih sempat untuk membuat penilaian semula sama ada ingin meneruskan hubungan anda ataupun tidak.

Sekian Terima kasih.

Related posts:

  1. Cara Mengambil Hati Pasangan? Ingin Bercinta?
  2. Membahasakan Diri… Saya Atau Aku?
  3. Membina Bangsa Yang Kreatif
  4. Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar
  5. Tips Bermain Mercun dan Bunga Api

0 thoughts on “Tip Bagi Gadis Yang Ingin Atau Sedang Bercinta

  1. wahhhh..sampai camtu skli ye…

    tapi kalo laki tu jujur..rasanya x de masalah kan nak minta tu semua..tp kalo dia takut2..haaa..better pikir 5-6 kali la yer..

    x pun..yg banyak tanya pun..kita leh pikir bnyk2 kan
    chii recently posted..I want to tell herMy Profile

    • Boleh juga rasanya kita buat macam itu. Manalah tahukan terkenal dengan perempuan yang agak ganas… :-)

      Tapi itu mungkin cerita silam mereka. Andai ditakdirkan betul itu sejarah silam mereka andai kita mampu terima mereka terimalah. Manusia berubah dari masa ke masa. Bezanya berubah dari baik ke bertambah baik, buruk ke baik, baik ke buruk, atau buruk ke bertambah buruk… :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge