Assalamualaikum. Disaat ini aku sangat memerlukan diri aku untuk menjadi seorang pencuri berjaya. Seorang pencuri yang tak kan melepaskan sebarang peluang yang ada di depan mata. Asalkan ada peluang, pandai-pandailah cepatkan tangan, gerakkan badan untuk mencuri.
Bukan mencuri harta orang, tapi nak mencuri masa.
Hari ini sudah 26 Disember 2011 dan kerja aku boleh dikatakan banyak. Tarikh paling penting selepas ini ialah 2 Januari 2012. Pada tarikh keramat tersebut, aku perlu submit semua bahan-bahan untuk final assessment subjek Industrial Design 2. Tapi masalahnya, aku tak tergerak langsung nak siapkan kerja yang bertimbun-timbun tu.
Itulah kegilaan aku setiap kali hujung semester. Tak pandai nak buat atau nak siapkan kerja mengikut masa. Kerja tak siap dan pada masa yang sama tak tahu nak rasa berdebar…
Selain itu, nampak sangat aku perlu meningkatkan tahap disiplin diri lagi…
Fahmi Raazali, rajinkan diri kamu. Kamu boleh buat apa sahaja bila kamu dah tetapkan matlamat yang mahu dicapai. Take action.
Rajin-rajinkanlah diri kamu… wahai Fahmi Raazali…
Related posts:
Biasala last minute buat baru best dan baru terangkat hehehee…jgn malas2

Azman recently posted..Buah dah ranum
hehe, kerja last minute nanti hasilnya kurang berkualiti sebab kurang masa diperuntukkan… Dah 3-4 hari push diri buat kerja. Nampaknya masih berlum berjaya… Rajin… rajin…
jangan tunggu last minit wehh..nanti kang mesti ada benda tertinggal. Masa tu baru nak nangis. Aku siap kena kejar pensyarah aku kat airport untuk minta tanda tangan. Kalau tak..aku kena extend 5 tahun tunggu dia balik dari korea. Haha..
titan recently posted..Sah! Hutang PTPTN aku dah habis..
Aku pun tak suka buat kerja last minute sebenarnya…
Ganas sangat sampai kena kejar pensyarah kat airport… aku tak pernah kena sampai macam tu lagi…
aku lewat 10 minit..memang aku kene extend 5 tahun. Haha..kejar pakai motor. Motor pinjam plak tu. Nasib baik sempat. Aku antara pelajar bermasalah gak masa kat universiti dulu. haha..
masa viva..lagi..kena kaw-kaw dengan dekan dengan timbalan naib cancelor. Haha..
so..nasihat aku. jangan cari pasal macam aku. haha..
titan recently posted..Calon-calon yang mungkin menang..
Tak apa. Aku rasa aku tergolong dalam golongan yang agak skema… hahaha…
Bro perlu buat Gantt Chart untuk merancang aktiviti bro. Ia juga boleh digunakan ketika bekerja nanti.
akubiomed recently posted..Aksesori penjagaan kamera DSLR
hehe, time management problem sebenarnya bro… Jadual kerja memang dah ada…
biasalah tu. orang kita memang suka buat kerja last-last minit. student pun sama, suka buat kerja last2 minit.
ohcikgu recently posted..Jenayah Siber di Pahang semakin menjadi. Kerugian 1.3 juta untuk tahun 2011.
Biasa tu perlu ditukar ke luar biasa… Tak elok jadikan tabiat buat kerja saat akhir sebagai tabiat… kan?
saya suka cara kamu motivate diri kamu ^_^
nak tak nak kena motivasikan diri sendiri…
Tak boleh nak harapkan kawan saja sebab sampai satu tahap mereka pun perlu mengutamakan diri mereka dulu…
hehehe .. betol2 .. saya sokong ..
kamu bolesh jadi motivater le …
erm, tak boleh kot… nanti salah bagi motivasi dekat orang… tak pasal-pasal jadi motibasi…