Assalamualaikum, sekarang aku tengah sibuk lebih dari biasa. Tambah pula keadaan sekarang membuatkan aku jadi kalut lebih dari biasa. Benda yang dikatakan senang pada mereka (kawan aku), rasa kompleks bagi aku.
Sekarang ini, aku perlu membuat model untuk design yang telah aku buat. Tapi nampaknya nak membuat model seperti yang aku mahu itu tak semudah yang aku sangka. Tapi kata kawan aku pula, model yang aku nak buat itu senang.
Jadi kekalutanlah aku memikirkan cara mudah yang boleh aku gunakan untuk menyiapkan model yang aku mahukan. Mudah di sini bukanlah maksud aku “shortcut“. Tapi mudah dalam erti kemampuan aku untuk membuat model itu dengan skill dan budget yang aku tetapkan.
Macam mana mereka melihat senang pada kompleks yang aku nampak? Nak juga aku tahu. Kata mereka aku kemplekskan perkara yang mudah…
Peluang Belajar Dari Orang Lain
Bila masuk bengkel, aku ada banyak peluang untuk belajar benda baru dengan orang lain. Senorok jugalah tengok orang lain sibuk menyiapkan model mereka. Perasaan cemburu dengan mereka pun ada juga. Cemburu sebab mereka tahu apa yang mereka perlu buat untuk siapkan model mereka.
Satu perkara yang penting dekat sini ialah apabila kita tak tahu, maka ringankanlah mulut untuk bertanya dengan orang lain. Selalunya orang akan cuba bantu bila kita bertanya dengan mereka. Asalkan kita bertanya kena pada waktu dan tempatnya.
Nak siapkan model yang cantik tak boleh kedekut… Betul ke macam itu?
Keadaan tak mengizinkan aku berbelanja besar untuk menyiapkan model aku…
Related posts:
Teringat masa di kolej selalu bersaing dengan rakan-rakan sekuliah untuk projek tahun akhir ada stratergi dipasang untuk menyaingi antara satu sama lain. Cukup kedekut apabila jumpa sesuatu yang baru dan tidak mahu berkongsi kerana bimbang menjejaskan stratergi tetapi apabila difikir balik tidak perlu kedekut biarlah sama-sama berjaya. Kami bersaing secara positif tidak lah sampai menjatuhkan antara satu sama lain. Kami membuat projek tahun akhir seolah-seolah seperti syarikat yang sedang bersaing untuk mendapatkan tender.

akubiomed recently posted..Jom ganyang Aedes dengan COMBI
Bagi kursus yang saya ambil, nak menjatuhkan orang lain itu memang agak sukar memandangkan ianya berkaitan dengan design. Boleh berkongsi idea tapi nanti bila final presentation bergantung kepada tuan punya diri untuk defend idea atau konsep yang cuba diketengahkan.
Dalam kelas saya sendiri sekarang ini pun dah boleh nampak kawan mana yang boleh membantu saya. Tapi terfikir juga, kalau mereka boleh membantu saya, apa pula yang saya boleh bantu mereka…
Tahun depan dah mula kena cari idea untuk final projek. Setakat ini saya dah ada 2 idea “prior art”. Satu kawan saya punya idea, satu lagi idea saya. Kesnya, kawan saya bercerita tentang satu situasi, dan ia mencetuskan idea kepada saya. Tapi kawan saya tak perasan yang situasi yang dikatakan itu boleh dijadikan idea untuk projek final. Jadi saya pun cakaplah, tentang situasi dan idea itu kepada dia balik…
em..teringat masa kat universiti dulu..kena bentang projek. risau gak kalau kawan lain tercakap point dan isu yang sama..
ohcikgu recently posted..Harimau Muda vs Sydney FC
Waktu presentation tak boleh cakap main hentam saja. Nanti akhirnya diri sendiri juga yang terperangkap… Sebab kadang-kadang orang lain pun ada bentang perkara yang sama. Bila kita menipu dekat situlah kita dah tersangkut. Nanti part yang kita tipu itulah kita kena attack…
model dan projek apakah itu, maybe kita boleh membantu
Saya buat model produk. Tapi tadi masa masuk bengkel, prosesnya tak kompleks mana pun… Senang saja. Cuma leceh sedikit…