Assalamualaikum. Dalam kehidupan kita, setiap hari ada sahaja ujian hidup yang kita hadapi. Dalam menghadapi ujian tersebut, kita perlu membuat keputusan tertentu bagi menghadapinya.
Dalam membuat keputusan, keyakinan kita terhadap sesuatu akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat. Persoalan yang sangat umum. Setinggi manakah tahap keyakinan kita? Keyakinan terhadap apa?
Cuba nilai situasi berikut:
Hukum Hudud
Kebelakangan ini, isu hukum hudud sering diperkatakan. Lagi-lagi pula pilihan raya umum dikatakan akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Maka, hukum hudud juga nampaknya menjadi gula-gula dalam pilihan raya kali ini.
Situasinya, ada parti pembangkang yang mahu menjalankan hukum hudud di negeri yang diperintah oleh mereka. Tapi pada masa yang sama, terdapat pelbagai pihak yang membangkang usul yang dikemukakan oleh parti pembangkang tadi.
Yang membangkang itu pula boleh dikatakan dari orang Islam sendiri. Bagi yang bukan Islam, bolehlah kata mereka tersalah faham tentang isu hukum hudud. Tapi bagi yang beragama Islam tadi pula bagaimana?
Tidakkah mereka yakin dengan hukum hudud?
Sampai satu tahap, mereka yang menolak pelaksaan hukum hudud ini seolah-olahnya memperkecilkan pula hukum hudud. Ditahap manakah keyakinan mereka terhadap hukum hudud?
Perkahwinan
Jika aku tersalah tulis, sila tegur ya. Aku bukan pandai sangat dalam hal agama. Nanti aku silap tulis, kemudian orang lain baca pun salah faham. Nanti tak pasal-pasal pula sesat.
Ini adalah apa yang aku percaya. Setiap anak Adam itu rezekinya telah pun ditetapkan oleh Allah. Aku juga pernah dengar satu pendapat yang lebih kurang maksudnya. Apabila rezeki anak Adam itu sudah tiada, maka tamatlah hidup mereka a.k.a mati atau meninggal dunia. Pendapat ini aku boleh terima. Ada logiknya.
Sebagai seorang lelaki, aku tahu sudah menjadi tanggungjawap lelaki untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri mereka. Tapi melihat pada situasi di dalam masyarakat kita, apabila ditanya ‘bila nak kahwin?’ Mereka akan jawap, ‘nak kumpul duit’, ‘nak stabilkan kewangan dulu’ dan pelbagai alasan lain.
Aku percaya. Semasa kita masih bujang. Allah memberikan kita rezeki untuk seorang. Walaupun kita bujang tapi perlu menanggung keluarga, insyaallah rezeki yang diberikan cukup untuk menanggung tanggungan kita itu. Apabila kita dah bernikah, Allah berikan pula rezeki untuk dua orang (jika berdua). Rezeki untuk kita dan juga rezeki untuk isteri tersayang. Ada rezeki lebih, kita dikurniakan pula cahaya mata. Insyaallah rezeki kita akan ditambah lagi.
Aku tahu tentang urusan rezeki itu urusan Allah. Tinggal lagi kita perlu berusaha untuk mencari rezeki yang sudah ditentukan itu.
Jadi kepada yang sudah bekerja, ada pendapatan, ada kekasih hati, lama sudah bercinta, bila lagi mereka mahu berkahwin?
Jadi, kepada pelajar mungkin? Sudah ada kekasih hati, sudah lama bercinta, dah berjauh jalan bersama, dah puas diusung ke sini ke sana, dah berkali-kali merajuk hati, ibu bapa pun dah lama tahu, bila pula mereka mahu bernikah?
Orang yang sudah bekerja bagi alasan mahu mengumpul belanja dan sebagainya. Pelajar pula bagi alasan belum ada pendapatan. Ibubapa pula bagi alasan anak masih belajar. Macam-macam alasan.
Situasi Aku?
Kalau ditanya nak kahwin tak? Aku jawap. Nak… Nak… Nak… Siap tambah lagi, kalau aku mampu, tengah-tengah belajar ini pun aku dah nikah.
Situasi dalam kepala aku. Aku masih belajar. Belum ada pendapatan nak tanggung anak gadis orang. Tengok…? Kan jadi seperti situasi di atas. Seolah-olahnya aku tak yakin dengan ketentuan rezeki. Atau aku yang tak bersedia lagi. Atau apa lagi alasan yang tak terkata.
Apa pula pandangan orang lain mengenai hal ini ya?
Aku perlu berusaha cari pendapatan online cepat-cepat nampaknya.
![]()
Related posts:
yelah. yelah..aku kahwin empat nanti..
Wow… empat terus…
bab kahwin ni bukan main2 sebabtu sampai sekarang tak kahwin2 lagi hehe…
Perkahwinan bukan mainan. Saya setuju. Ia mengajar kita untuk lebih bertanggungjawap juga. Kata nak menyara anak orang.