Assalamualaikum. Hari ini hari Ahad, 8 Januari 2012. Mulai jam 5 petang nanti, aku boleh dikatakan merdeka untuk sem ini. Hari ini merupakan hari pertama dan terakhir paper exam aku. Maklumlah sem ini aku hanya ada 1 paper sahaja untuk final.
Industrial Design 2 (DIS 4065)
Walaupun aku hanya ada 1 paper sahaja sem ini, subjek-subjek yang lain mula memerlukan penilaian berterusan. Final assessment untuk subjek Industrial Design 2 telah pun tamat 5 Januari 2012 yang lepas.
Prestasi untuk subjek tersebut amatlah menduka-citakan aku. Walaupun model untuk projek rice cooker telah berjaya disiapkan, aku gagal menyiapkan dua laporan untuk subjek tersebut. Makanya, aku terpaksalah menghantar laporan yang separuh siap.
Walaupun ada peningkatan sedikit dalam aspek lain bagi subjek ini, secara keseluruhan prestasi aku sangat tidak memberangsangkan. Mungkin disebabkan aku terlalu over confident dan juga under estimate subjek ini.
CAID (DAS4093)
Untuk subjek CAID ni pula, final projeknya aku perlu tracing model kereta dari blueprint yang dipilih. Aku telah memilih kereta Audi 5 Sportback 2012. Umumnya, aku masih boleh membuat tugasan yang diberikan dengan baik walaupun ada beberapa masalah yang aku hadapi.
Aku tak tahu dari mana nak mula trace kereta yang aku pilih. Tambah pula aku tak minat pasal kereta. Terpaksalah aku trial and error sampai jadi rupa kereta yang aku trace tu. Kalau tengok gambar dekat atas, aku baru buat separuh badan kereta. Belum mirror lagi. Bahagian belakang kereta pun tak betul lagi.
Satu lagi, untuk subjek ini, aku dan partner perlu buat satu model kecil berukuran dalam lingkungan 10cm x 10cm x10cm. Kemudian hantar ke bengkel untuk buat RP (rapid prototyping) model yang dibuat. Tugasan ini tak sempat buat disebabkan terlalu sibuk menyiapkan model untuk subjek Industrial Design 2.
Research Methodology (DGF 4023)
Untuk subjek Research Methodology, kira okeylah sebab semua assignment bagi subjek ini berjaya aku siapkan. Assignment terakhir berjaya aku siapkan semalam. Rasanya ada sedikit kesilapan pada assignment yang dibuat tapi aku dah pun hantar, dan tak rajin nak betulkan semula. Jadi aku pun lepas tangan.
Kesan untuk siapkan assignment terakhir subjek ini masih aku rasa. Aku sedikit pening kepala. Disaat akhir ketika menyiapkan assignment, tiba-tiba aku pening kepala. Sampaikan aku terpaksa minta pertolongan kawan untuk untuk print dan submitkan assignment aku. Semalam, kiranya seharian juga aku terbaring atas katil…
Professional Design Practice ( DMS4023)
Subjek ini adalah diantara subjek yang mana lecture nya sangatlah santai. Aku suka subjek ini sebab aku ada peluang dengar pengalaman pensyarah yang mengajar. Assignment akhir untuk subjek ini aku dan ahli kumpulan perlu membuat kiraan berapa kos untuk kami menyiapkan projek kami.
Agak pening kepala juga sebab tak berapa nak faham. Mencabar juga nak mengenakan cas perkhidmatan pada pelanggan inikan? Bukan boleh cas sebarangan. Ada kaedahnya yang perlu diikut supaya cas yang dikenakan itu munasabah.
Related posts:
macam best je subjek CAID (DAS4093) ….
Subjek tu memang seronok… Tapi banyak kena explore sendiri juga…
hehehe .. tu yg best …
mencabar minda …
erm, betul tu… bila perlu explore sendiri prosesnya agak mencabar…
Nampak bro agak tertekan dan kurang rehat. Apa pun saya mengharapkan bro dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Cuma saya hendak berkongsi situasi pengalaman bekerja sebenar selalu tidak memihak kepada kita. Ada tugasan diberikan waktu pagi tetapi laporan perlu perlu berada diatas meja bos sebelum tengahari. Jadi bekerja dengan pantas dan menguasai kemahiran amat diperlukan untuk menyiapkan kerja didalam durasi yang pendek tanpa mengabaikankan kualiti kerja.
Saya pernah terlibat satu tugasan yang bernilai jutaan ringgit diberi masa selama 1 bulan untuk menyiapkannya tetapi menjadi “disaster” apabila bos memberitahu pelanggan mahukan tugasan tersebut diselesaikan didalam masa 7 hari. Boleh bayangkan kerja yang normal disiapkan selama 1 bulan tiba-tiba perlu disiapkan didalam masa 7 hari. Saya dan rakan-rakan sekerja berjaya menyiapkan seperti yang diminta oleh pelanggan.
akubiomed recently posted..Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.
Memang saya agak tertekan semasa hujung semester kali ini. Banyak juga masa tidur dikurangkan. Badan pun agak letih. Asal landing atas katil, sekejap saja dah tertidur.
Pensyarah pun ada kata dalam real life, kerja design biasanya dalam tempoh seminggu sahaja. Masa belajar ini bolehlah ambil masa 14 minggu. Saya akan cuba untuk memperbaiki kekurangan saya pada masa akan datang.
Terima kasih kongsi pengalaman kerja saudara.
takpe. ambil masa..

titan recently posted..Komisen pertama dari Metavertizer
Pingback: Keputusan Peperiksaan Semester 5 | Aku Learn