Menyimpan Nota Demi Masa Depan

Assalamualaikum. Dalam beberapa hari ini aku banyak membaca artikel-artikel blog yang berkaitan penulisan. Paling terbaru sekali, aku membaca artikel mengenai penulisan novel.  Tapi apa kejadahnya orang yang tak minat membaca novel seperti aku ingin mempelajari tentang penulisan novel?

Aku berpendapat ramai penulis novel menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Jadi apabila aku membaca penulisan mereka, ia sedikit sebanyak membantu diri aku sendiri apabila menulis. Betul tak apa yang aku kata?

Mencatat Nota, Simpan Nota dan OneNote

simpan nota guna microsoft onenote Menyimpan Nota Demi Masa Depan

Kriteria Penting Naik Pangkat

Sering kali apabila aku membaca artikel online, penulis blog tersebut akan berkongsikan banyak tips dengan pembaca blog mereka. Sedang aku mencari blog yang berkongsi tips penulisan novel, aku juga turut temjumpa tips lain yang juga tak kurang menariknya.

Rasa rugi pula apabila tips-tips yang aku jumpa itu tak disimpan. Lumrah manusia, selepas kita membaca apa yang kita baca, kita akan lupa. Tambah pula sekarang ini, maklumat terlampau banyak depan mata. Hari demi hari sentiasa ada maklumat baru yang kita pelajari.

Oleh itu ada baiknya, kita mencatatkan tips yang ditemui itu. Kemudian simpan tips tersebut untuk rujukan di masa akan datang. Nak lebih cantik lagi, pastikan nota tersebut mudah untuk diakses pada bila-bila masa.

Ada banyak software yang boleh digunakan untuk menyimpan nota-nota yang kita ambil. Antaranya ialah Microsoft OneNote. Satu kelebihan software ini ialah ia akan meng-save-kan secara automatik url sumber kita copy and paste tips yang diambil.

Menyimpan nota demi masa depan… icon smile Menyimpan Nota Demi Masa Depan

Dapat ilmu kita kena amalkan. Baru melekat dalam kepala. Mudahan-mudahan ilmu itu memberikan kebaikan kepada kita. Peringatan untuk diri aku sendiri.

Boleh abaikan apa yang aku tulis di bawah ini. Ia pengaruh satu audiobook yang aku dengar baru-baru ini. Tajuknya The 8 Magic Words That Will Change Your Life. Aku download online.

I can write very well and I do it.
I can blogging very well and I do it.
I can earn money online and I do it.

Related posts:

  1. Masa Semakin Cepat Berlalu Pergi….
  2. Bahasa Melayu Itu Indah
  3. Perangkap Masa dan Sikap Yang Perlu Dijauhi

0 thoughts on “Menyimpan Nota Demi Masa Depan

    • Notepad pun ok juga. Cuma kadang2 tu format teks tu lari. Sebab tu aku save dalam one one dia save dengan format2 teks sekali. Tapi kadang2 format teks tu pula yang buat aku susah nak baca balik nota tu… :D

    • Cloud-based ni baru lagi ke dah lama ya… Kebelakangan ini baru aku perasan tentang cloud-based. Masih tak biasa lagi.

      Benda yang setakat ini aku simpan di internet, bookmark, dan password. Bookmark sebab senang nak synchronize bila perlu. Password pula tak rajin nak taip… :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge