Objektif blog:
- Diari kisah hidup
- Luahan hati
- Lontaran pendapat peribadi
Maklumat pemilik blog:
Aku masih belajar dan sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.
Aku berjaya menamatkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Keputusan tak bagus mana pun. Okey-okey saja. Nak bagitahu dekat orang pun segan…
Aku belajar di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson semasa ditingkatan 4 dan 5.SMTPD merupakan titik mulanya perubahan yang berlaku dalam hidup aku. Banyak benda yang aku belajar dekat sini.
Aku belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan belajar di Sekolah Kebangsaan Serting Felda dari darjah 1 hingga 6.
Aku seorang anak FELDA yang tidak gemar ke kebun. Aku suka aktiviti luar rumah walaupun jarang keluar rumah. Aku lebih suka duduk di rumah daripada melepak di luar. Umumnya aku berkawan dengan sesiapa sahaja yang tidak memudaratkan dan menyakitkan hati. Aku agak family oriented dan agak self-centered.
Aku sedang belajar memperbaiki kelemahan diri, sedang mencari teman hidup, sedang belajar untuk bergaul, sedang mencari dan membina keyakinan diri, sedang belajar untuk berdikari, sedang belajar untuk berdedikasi, sedang belajar untuk mencintai diri sendiri, sedang belajar untuk menghormati orang lain, sedang belajar untuk menjadi aktif dan proaktif…. dan banyak lagi.
Aku berasal dari Serting, Negeri Sembilan. Nama diberi Mohamad Fahmi bin Mohamad Raazali

Itu aku, Fahmi Raazali...
*Credit to Artkaiser for the photo.
Maklumat mengenai domain:
- Tarikh beli: 8 Januari 2010
- Harga: RM29.95