About Fahmi Raazali

Seorang pelajar jurusan Rekabentuk Industri. Sedang mencari bilik sewa sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Beliau akan menjalani latihan industri pada 17 Jun hingga 7 September 2012 nanti.

    Find more about me on:
  • facebook
  • googleplus
  • twitter
  • youtube

Here are my most recent posts

About Fahmi Raazali

Seorang pelajar jurusan Rekabentuk Industri. Sedang mencari bilik sewa sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Beliau akan menjalani latihan industri pada 17 Jun hingga 7 September 2012 nanti.

Seronoknya Jadi Dia

Seronoknya jadi dia…
Ada rupa… Awek pun cantik.
Lelaki kacak… Ramai perempuan cantik suka..
Sempurna…

Seronoknya jadi dia…
Hidupnya sempurna sekali…
Tak perlu nak bersusah payah…
Nak apa pun semua boleh dapat…

Cerita di Sebalik Cerita

Kita selalu nampak hidup seseorang itu sempurna sekali. Kehidupan mereka dirasakan berganda-ganda lebih baik dari kehidupan kita. Tapi betulkah apa yang kita nampak itu?

Setiap dari kita menghadapi cabaran dalam kehidupan yang pelbagai. Tak sama dengan orang lain. Tak mustahil, cabaran itu turut dihadapi oleh orang lain.

Apa yang kita lihat tak semestinya menggambarkan kehidupan seseorang itu.

Cabaran Dalam Hidup

Perempuan yang cantik, pada pandangan mata kita kehidupan mereka nampak sempurna. Tapi siapa tahu cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka? Mungkin mereka disisihkan kerana kecantikan mereka itu.

Lelaki yang kacak? Mungkin mereka dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh orang di sekeliling mereka. Siapa tahu…

Orang yang kaya, mungkin mereka hidup dalam ketakutan. Kesihatan mereka mungkin tidak begitu baik. Mereka sering didekati oleh insan yang mahu mengambil mengambil kesempatan ke atas mereka. Siapa tahu…

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. icon smile Seronoknya Jadi Dia

Misi Mencari Bilik/Rumah Sewa

Assalamualaikum.

Sekarang aku ada misi mencari bilik/rumah sewa. Permohonan tempat aku telah pun aku terima. Lokasinya terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur (mungkin? Aku tak pasti).

Tempat latihan industri aku nanti ialah di Sdn. Bhd. Beralamat di 728 & 730 Batu 4 1/2  Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Aku dah cuba google map tapi tak dapat alamat tempat tersebut dengan tepat.

Mencari Bilik/Rumah Untuk Disewa

Siapa tahu mana-mana tuan punya bilik/rumah yang mahu menyewakan bilik/rumah mereka? Lokasinya diharapkan berdekatan dengan tempat aku praktikal itu nanti.

Moga-moga aku jumpa rumah yang harganya mesra pelajar. icon smile Misi Mencari Bilik/Rumah Sewa

Aku akan duduk sekali dengan seorang lagi kawan yang turut praktikal di tempat yang sama. icon smile Misi Mencari Bilik/Rumah Sewa