Seronoknya jadi dia…
Ada rupa… Awek pun cantik.
Lelaki kacak… Ramai perempuan cantik suka..
Sempurna…Seronoknya jadi dia…
Hidupnya sempurna sekali…
Tak perlu nak bersusah payah…
Nak apa pun semua boleh dapat…
Cerita di Sebalik Cerita
Kita selalu nampak hidup seseorang itu sempurna sekali. Kehidupan mereka dirasakan berganda-ganda lebih baik dari kehidupan kita. Tapi betulkah apa yang kita nampak itu?
Setiap dari kita menghadapi cabaran dalam kehidupan yang pelbagai. Tak sama dengan orang lain. Tak mustahil, cabaran itu turut dihadapi oleh orang lain.
Apa yang kita lihat tak semestinya menggambarkan kehidupan seseorang itu.
Cabaran Dalam Hidup
Perempuan yang cantik, pada pandangan mata kita kehidupan mereka nampak sempurna. Tapi siapa tahu cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka? Mungkin mereka disisihkan kerana kecantikan mereka itu.
Lelaki yang kacak? Mungkin mereka dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh orang di sekeliling mereka. Siapa tahu…
Orang yang kaya, mungkin mereka hidup dalam ketakutan. Kesihatan mereka mungkin tidak begitu baik. Mereka sering didekati oleh insan yang mahu mengambil mengambil kesempatan ke atas mereka. Siapa tahu…
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
![]()
