Perasan Sendiri…

Kadang-kadang apabila kita rasa kita membuat sesuatu yang salah. Kita perasan seolah-olah semua orang yang memandang kita dan kemudiannya bercakap dengan orang lain sedang bercakap tentang kita.

Bagusnya ia boleh menyebabkan kita berhenti dari membuat perkara yang dirasakan salah tadi.

Ia adalah satu mekanisma untuk mempertahankan diri sendiri (pendapat Fahmi Raazali) yang baik sekiranya tuan punya diri .

“Dunia ini sangat indah. Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku untuk terus berkelana di bumi-Mu ini.”

Kita Mahu Percaya – Kenali Diri Dari Bulan Kelahiran

Aku pernah menulis entri “Kenali Diri Sendiri Dari Bulan Kelahiran“. Artikel itu asalnya aku letak di blog lama aku. Kemudian aku letakkan pula di blog ini.

Semua orang mahu mengenal diri sendiri. Bagi aku itu adalah antara sebab kenapa kita mahu percaya dengan apa yang dinyatakan.

Dulu aku suka cari maklumat tentang personaliti diri. Jadi kebetulan terjumpa artikel tentang personaliti diri. Jadi masa itu aku pilih untuk percaya. Sebabnya apa yang dinyatakan banyak menjelaskan tentang diri aku.

Tapi selepas menonton video di bawah baru-baru ini, ia secara tak langsung membuka minda aku mengenai isu tarikh lahir dan peribadi diri. Continue reading

Bahaya Fitnah dan Kesannya

Assalamualaikum.

Peringatan untuk diri aku sendiri. Mencegah lebih baik dari mengubati. Dalam hal fitnah adalah lebih baik mencegah dari fitnah itu wujud dari pada mengubatinya. Kesan akibat fitnah itu besar kesannya. Hatta buat empunya diri yang terkena fitnah mahupun orang yang disekeliling.

Fitnah boleh memburukkan nama seseorang. Ia juga boleh menghuru-harakan masyarakat. Sebuah negara juga boleh kucar-kacir akibat dari fitnah. Angkara fitnah juga orang yang tidak berdosa boleh teraniaya.

Peringatan buat diri. Jaga diri sendiri. Jaga maruah diri. Jaga maruah keluarga.

Lelaki Kacak Akan Bertambah Kacak Jika

Tanggungjawap lelaki itu berat. Bagi lelaki kacak yang sudah berkeluarga lagilah berat, beliau mempunyai tanggungjawap keluarganya. Nafkah isteri dan anak-anaknya perlu disediakan. Sekiranya ibubapanya masih hidup, beliau juga perlu menunaikan tanggungjawapnya sebagai seorang anak.

Itu belum ditambah lagi dengan amanah lain yang diamanahkan dan perlu dipikul oleh seorang lelaki. Seorang lelaki harus kuat lagi tabah dalam menunai dan menjaga amanah yang diberikan kepada mereka.

Walaupun seorang lelaki kacak terserlah kekacakan fizikalnya, tetapi masih ada ruang untuk mereka menambah lagi kekacakan mereka. Continue reading