Tekanan a.k.a Stress

tekanan a.k.a stress Tekanan a.k.a Stress

Hidup tanpa masalah bukan hidup namanya.

Assalamualaikum. Dalam hidup ni macam-macam masalah dan dugaan yang kita hadapi. Kadang-kala tu tekanan juga dibuatnya. Tapi itu tidak bermakna kita harus terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup membunuh diri. Hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Agaknya sekarang ni musim orang bunuh diri agaknya. Continue reading

Practice Man…. Practice….

“Practice Man…. Practice….” Tu adalah antara quote kegemaran aku yang terbaru. Quote tu aku dengar kat dalam satu mp3 motivasi yang bertajuk “Eat That Frog” yang di download dari satu forum omputih. Ada banyak lagi isi penting kat dalam tu. Tapi masih belum diaplikasikan sepenuhnya lagi. Aku suka betul cara orang tu cakap ayat tu. Sangat menarik perhatian aku. Continue reading

Lihatlah dengan Mata Hati….

Aku baru saja habis menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 2. Cerita tu pada pandangan aku sangat menarik. Jalan ceritanya disusun dengan hebat sekali. Walaupun asalnya aku dah lama mendownload cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 sebelum ni, aku tak berminat pun nak tonton sebab tajuk ceritanya nampak jiwang sangat. Tapi…. Aku silap, ternyata aku silap…. Menilai buku dari kulitnya.

Mesej dan unsur-unsur Islam yang cuba disampaikan dengan halus dalam cerita ini. Serius, aku suka sangat dengan cara penyampaian dalam cerita ni. Hehe…. Lihatlah dengan mata hati, nescaya kita akan dapat melihat lebih daripada apa yang dapat dilihat olah mata kita secara zahir. Islam itu indah dan ia akan bertambah indah bila ia dapat dihayati dan di amalkan dalam kehidupan.

Semoga aku akan menjadi seorang insan yang esoknya lebih baik dari semalam. Seorang insan yang punya pendirian dan jati diri sendiri yang kukuh dan tak dapat digoncangkan. Jati diri yang terbina berlandaskan hukum yang ditetapkan-Nya. Amin.

Kerja di Saat Akhir…. Sampai Bila?

Semester ini, aku datang ke UDM dengan beberapa azam. Semua azam tersebut memang baik-baik belaka dan kini sudah masuk minggu ke-10 dalam kalendar akademik. Pemerhatian ke atas diri sendiri mendapati, aku banyak melakukan kerja di saat akhir. Ini sekaligus, menyebabkan kualiti kerja yang aku hasilkan sehingga setakat entri ini ditulis kurang memuaskan. Pengajaran, aku kena lakukan sesuatu bagi mengatasi sikap suka bertangguh yang buruk ini. Continue reading