Belajar, Politik dan Mahasiswa

Assalamualaikum. Aku rasa aku adalah diantara rakyat Malaysia yang menyokong usul agar dibenarkan mahasiswa untuk berpolitik. Alasan politik akan menyebabkan mahasiswa lalai dalam pelajaran adalah tak munasabah.

Memang tak patut jika  dikatakan dengan semata-mata politik mahasiswa boleh lalai. Banyak sebab sebab lain juga boleh melalaikan. Contohnya, laman sosial seperti Facebook dan juga game online. Aku sendiri pun sem lepas agak terleka dengan game poker online.

Aku sendiri sambung belajar bukan setakat nak dapatkan pointer yang cemerlang. Mula-mula sekali aku nak belajar memperbaiki kelemahan diri. Antaranya ialah belajar untuk bergaul dengan masyarakat. Alhamdulillah dekat U ni aku dah boleh bergaul dengan ramai orang. Cuma belum dapat apply dekat rumah sendiri.

Bila dah belajar dan bergaul dengan ramai orang, aku akui agak terdedah dengan pandangan yang pelbagai. Masing-masing ada alasan sendiri dan buah fikiran sendiri yang menyebabkan mereka berpandangan sedemikian. Pandangan mereka sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan aku juga.

Politik Adalah Kehidupan

Itu adalah pendapat aku sekarang yang asalnya aku dengar dari orang lain. Oleh kerana ia logik di kepala aku, aku pun menggunapakai idea yang hendak disampaikan itu. Bila dikatakan politik itu kehidupan sangat-sangatlah logik mahasiswa dibolehkan berpolitik.

Dalam hidup ni kita sentiasa berpolitik. Setiap masa pun berpolitik. Bila bercakap pun berpolitik, bila berkawan pun berpolitik, senang kata semuanya politik.

Kehidupan sebagai seorang Islam mesti dibatasi dengan hukum-hukum Islam yang telah ditetapkan.

Untung Belajar

Bila belajar dan bergaul pandangan kita akan bertambah luas. Jadinya bila kita melihat sesuatu yang tak betul, insyaalah mesti ada rasa nak betulkan benda tu walaupun diri sendiripun tak berapa nak betul.

Bila dah terdedah dengan pandangan yang pelbagai tu pula, kita tak boleh nak percaya membab1 buta. Kena dengar pandangan dari sumber yang lain juga. Jika pihak A kata itu ini, dengar pula pandangan pihak B.

Lepas tu baru buat keputusan apa tindakan nak diambil. Aku sendiri suatu masa dulu pernah terkena. Akibat terlalu mendengar, membaca dan percaya berita dari satu belah pihak sahaja telah menyebabkan aku buta mata…

Semenjak itulah aku belajar untuk membaca dari pelbagai sumber. Sejak itulah aku belajar untuk mengambil tahu dalam bab politik. Sebab aku tak mahu tertipu lagi. Sebab aku juga tak mahu orang yang aku sayang tertipu oleh tipu yang bertujuan untuk menipu mereka.

Kenapa Perlu Ambil Tahu Politik?

Umumnya politik melibatkan pentadbiran negara. Jika pihak yang mentadbir tak betul. Rakyatlah yang paling banyak menanggung akibatnya. Sejarah dah membuktikan bahawa pemerintah yang khianat kepada rakyat telah menyebabkan negara kita terjajah selama lebih 300 tahun. Kenapa perlu ambil tahu sebab tak nak pisang berbuah dua kali.

Belajar kat U tu bukan lama mana pun. Selesai belajar nanti masuk ke alam perkejaan pula. Tak kan lah pula bila dah kerja baru nak kena prihatin dengan isu politik? Habis tu masa tengah belajar ni tak kan nak membutakan mata saja? Apabila mahasiswa dah ambil tahu hal semasa sedikit sebanyak mesti terlibat dengan politik.

Serius memang geram jugalah bila baca surat khabar ada pihak yang kata tugas pelajar hanyalah belajar bukan berpolitik kerana berpolitik boleh menyebabkan pelajar lalai.

Mahu tak mahu. Nak tak nak. Kena juga ambil tahu pasal politik. Kita akan terlibat juga secara langsung atau tak langsung. Sebagai mahasiswa aku sekadar mampu membuat sekadar apa yang dibataskan kepada aku.

Bila nak bersuara ianya disekat. Bila menyokong sesuatu mudah sangat dikatakan terpengaruh dengan parti politik. Bila nak berpolitik tersekat dengan amaran yang berbaur ugutan. Hatta bila tak ada kaitan dengan politik pun mesti nanti dikaitkan dengan politik.

Lagi-lagi pula sekarang ni aku under PTPTN nanti silap-silap PTPTN tu kena tarik. Walaupun kadang-kadang nak buat lebih tapi tak boleh. Bila dikatakan JANGAN terpaksalah ikut walau dalam hati kata TAKNAK.

Sekatan Mahasiswa untuk Berpolitik

Pada pandangan aku, sekatan bahasiswa untuk berpolitik membantutkan mereka. Hidup dalam tempurung. Belajar semata-mata belajar (akademik) dan tak perlu ambil kisah pasal benda lain. Macam inikah cara untuk membentuk generasi pemimpin yang akan datang?