Kepada yang bekenaan… Continue reading
Category Archives: Ucapan Selamat
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-23
Hari ni hari lahir aku yang ke-23 dan untuk tahun ni aku tak mengharapkan apa-apa sambutan pun. Tahun lepas sambut dengan kawan. Tapi kira ok jugak sebab aku sendiri pun bukan jenis yang suka sambut benda-benda yang macam ni. Boleh mati akal dibuatnya sebab tak tahu nak buat apa. Sambutan hari raya pun tak berapa nak sambut… Inikan pulak sekadar sambutan hari lahir…
Masa aku sekolah menengah rendah dulu, ada 2 orang kawan baik aku yang tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama. Semenjak tu jugak la aku kekadang tu mencari budak lain yang sama tarikh lahir dengan aku pulak. Tapi tak sangka pulak dah masuk kat UniSZA ni terjumpa seorang kawan sekelas yang tarikh lahirnya sama dengan aku iaitu 15 Oktober. Bila dah tau rasa janggal pulak bila nak ucap selamat hari lahir kat dia.
Apa azam aku nak letak untuk hari lahir kali ni yek. Azam tahun sebelum ni tak berjaya dicapai. Erm…
Aku ada kegilaan yang baru… Iaitu main game RO
![]()
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.