Tutorial Membuat AIO Windows 7 Installer

Assalamualaikum. All in one installer for windows 7. Bagi aku itu adalah antara benda yang paling memudahkan kerja aku bila memformat laptop mahupun komputer. Senang, semua version windows 7 ada dalam satu installer.

Tapi nak buat universal installer untuk windows 7 ni memerlukan iso file installer windows 7 ultimate. Lepas tu pula, perlu satu lagi software lain yang membuat iso windows 7 tadi jadi universal installer.

Cara nak buat universal installer ni pun mudah. Berikut adalah langkah untuk membuat all in one windows 7 installer: Continue reading

Tip Bagi Gadis Yang Ingin Atau Sedang Bercinta

Assalamualaikum. Salam AidilAdha 1432 hijrah sekali lagi. Hari ini aku nak berkongsikan satu tip yang sesuai bagi gadis yang ingin bercinta ataupun sedang bercinta. Tip ini aku baru dapat semalam semasa beraya di rumah seorang teman sekelas. Tips ini berbeza dengan tips ingin bercinta yang sebelum ini.

Kepada mana-mana gadis yang ingin atau sedang bercinta, anda digalakkan untuk berusaha sekurang-kurangnya mendapatkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan bakal ataupun teman lelaki anda.

Selepas itu, bolehlah berkumjung ke mana-mana balai polis berdekatan untuk menyemak sama ada teman anda tadi itu mempunyai sebarang rekod jenayah ataupun tidak. Andai kata teman anda itu mempunyai rekod jenayah, sekarang anda masih sempat untuk membuat penilaian semula sama ada ingin meneruskan hubungan anda ataupun tidak.

Sekian Terima kasih.

Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

Assalamualaikum, satu lagi entri pendek untuk kali ini… Tips mudah untuk mula bekerja atau belajar. Nak aplikasikan pun mudah sangat-sangat.

1. Sediakan persekitaran yang sesuai

Kalau nak bekerja atau belajar pastikan persekitaran bersesuaian dengan pekerjaan yang hendak dibuat. Kalau boleh biar selesa tapi jangan sampai terlampau selesa… icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

2. Sediakan peralatan yang akan digunakan

Pastikan semua peralatan yang akan digunakan disediakan terlebih dahulu. Pastikan juga semua peralatan tersebut mudah dicapai. Kenapa perlu dekat dengan kita? Supaya fokus kita tidak terganggulah… icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

3. Jauhkan segala gangguan

Jauhkan semua gangguan yang boleh menyebabkan kita hilang fokus. Contoh? Tutup web browser, tutup telefon bimbit dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan.

4. Mula buat kerja atau belajar

Okey, semua dah siap disediakan. Apa lagi mulalah buat kerja dan belajar. icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

Antara perkara yang susah sebenarnya ialah untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau mula untuk belajar. Selepas kita mula, insyaallah selepas itu urusan kita akan menjadi lebih mudah kerana kita sudah mendapat MOMENTUM untuk mula bekerja dan belajar.

Tips dekat situ ialah TAKE ACTION… icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar