Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

Assalamualaikum, satu lagi entri pendek untuk kali ini… Tips mudah untuk mula bekerja atau belajar. Nak aplikasikan pun mudah sangat-sangat.

1. Sediakan persekitaran yang sesuai

Kalau nak bekerja atau belajar pastikan persekitaran bersesuaian dengan pekerjaan yang hendak dibuat. Kalau boleh biar selesa tapi jangan sampai terlampau selesa… icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

2. Sediakan peralatan yang akan digunakan

Pastikan semua peralatan yang akan digunakan disediakan terlebih dahulu. Pastikan juga semua peralatan tersebut mudah dicapai. Kenapa perlu dekat dengan kita? Supaya fokus kita tidak terganggulah… icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

3. Jauhkan segala gangguan

Jauhkan semua gangguan yang boleh menyebabkan kita hilang fokus. Contoh? Tutup web browser, tutup telefon bimbit dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan.

4. Mula buat kerja atau belajar

Okey, semua dah siap disediakan. Apa lagi mulalah buat kerja dan belajar. icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

Antara perkara yang susah sebenarnya ialah untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau mula untuk belajar. Selepas kita mula, insyaallah selepas itu urusan kita akan menjadi lebih mudah kerana kita sudah mendapat MOMENTUM untuk mula bekerja dan belajar.

Tips dekat situ ialah TAKE ACTION… icon smile Tips Mudah Untuk Mula Bekerja Atau Belajar

Tips Belajar Saat Akhir/Last Minit

Sekarang ni bukan musim exam bagi aku. Tapi memandangkan aku tengok ada keyword “tips belajar last minit” yang masuk ke blog ni. Aku kongsikan juga tips belajar last minit yang aku amalkan.

Kalau ditanya kenapa student suka belajar last minit ni, macam-macam alasan boleh kita dengar. Ada yang kata kalau belajar awal-awal nanti takut lupa. Ada yang kata subjek tu susah atau bosan. Tak pun asal baca buku aje terus ngantuk. Baca sikit aje buku tu lepas tu tertidur. Last-last buku tu yang baca kita. Continue reading

Tips Belajar Untuk Pelajar

Entri ni dah lama ada dalam draft post. Aku cilok dari buku percuma yang aku dapat masa majlis konvo dulu. Tengok siapa kata barang lama tak berguna? Tajuk asal dia Tips Belajar Matematik tapi aku tukar sikit dan tambah isi lain agar boleh guna untuk semua subjek… Continue reading