Assalamualaikum. Salam AidilAdha 1432 hijrah sekali lagi. Hari ini aku nak berkongsikan satu tip yang sesuai bagi gadis yang ingin bercinta ataupun sedang bercinta. Tip ini aku baru dapat semalam semasa beraya di rumah seorang teman sekelas. Tips ini berbeza dengan tips ingin bercinta yang sebelum ini.
Kepada mana-mana gadis yang ingin atau sedang bercinta, anda digalakkan untuk berusaha sekurang-kurangnya mendapatkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan bakal ataupun teman lelaki anda.
Selepas itu, bolehlah berkumjung ke mana-mana balai polis berdekatan untuk menyemak sama ada teman anda tadi itu mempunyai sebarang rekod jenayah ataupun tidak. Andai kata teman anda itu mempunyai rekod jenayah, sekarang anda masih sempat untuk membuat penilaian semula sama ada ingin meneruskan hubungan anda ataupun tidak.
Sekian Terima kasih.