Assalamualaikum.
Hari ini aku bercadang untuk menderma darah memandangkan ia boleh dilakukan di dalam UniSZA. Nak berjalan ke hospital untuk menderma darah? Jangan harap aku nak berbuat begitu. Aku tak berapa rajin nak memandu kereta.
Selalunya setiap semester aku akan menderma darah. Alhamdulillah, jika esok tiada aral melintang, ia merupakan kali ke-4 atau kali ke-5 aku menderma darah. Aku tak ingat sangat. Nak semak buku derma darah dalam dompet? Sekarang aku tak berapa rajin nak bangun dari kerusi.
Sebelum Menderma Darah
Sebelum menderma darah, pastikan cukup tidur malam. Seingat aku, semasa aku sem 3 aku tak dibenarkan menderma darah sebab aku tak tidur malam. Memanglah aku tak tidur malam, sebab aku tidur lepas subuh.
Abaikan bebelan yang tak patut tu, nurse tersebut cuma menjalankan tugas. Beliau tak mahu sebarang perkara seperti pelajar pitam berlaku. Ia akan merumitkan lagi kerja mereka pada hari itu.
I’ll be waiting for the day I met with a person whom I can talk and share about anything with her.