Assalamualaikum. Sudah beberapa hari aku asyik berjalan jarak jauh. Bukan jalan kaki tapi memandu kereta untuk jarak jauh. Aku perasan pemandu kereta yang besar agak mementingkan diri sendiri. Jadi persoalannya, adakah pemandu kereta besar lebih pentingkan diri sendiri?
Apabila dua kereta berselisih rapat, pemandu kereta besar tak mahu beralah. Sedikit pun tak elak. Nak tak nak kenalah kita pemandu kereta kecil mengelak sedikit. Aku tahu mereka memandu kereta yang besar dan lebih tahan lasak. Tapi apa salahnya beralahkan?